JDT Mohon Maaf Kepada Youtuber Indonesia
KENYATAAN KELAB
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) maklum mengenai satu insiden tidak diingini yang membabitkan YouTuber dari Indonesia yang melawat Stadium Sultan Ibrahim dan seorang marshal pada Isnin lalu.
Walaupun perkara itu sudah diselesaikan antara pihak terbabit, JDT bagaimanapun kesal dengan kejadian tersebut dan telah mengambil tindakan tatatertib ke atas marshal terbabit sejurus melakukan siasatan dalaman.
Kami juga ingin memohon maaf kepada YouTuber tersebut atas layanan yang diterima dan ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjelaskan perkara tersebut dan memahami bahawa ia adalah insiden terpencil. Kami juga senang hati mendengar bahawa para marshal lain sangat membantu dan bertolak ansur.
Kami juga telah mengingatkan para marshal dan semua kakitangan di kelab untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai kelab dalam bersikap sopan, mesra dan menghormati semua tetamu.
#isuyoutuberindonesiadanjdt
#youtuberindonesiajdt
「アフィリエイト」カテゴリーの関連画像